Saturday, April 25, 2009

PENYELIDIKAN/KAJIAN TINDAKAN

Apakah yang dimaksudkan dengan kajian/ penyelidikan?:

KONSEP KAJIAN/PENYELIDIKAN
Bold
Kajian atau tindakan ialah suatu proses untuk mengumpul dan menganalisis data untuk mendapat dan meningkatkan kefahaman ke atas sesuatu topik atau isu. Terdapat beberapa peringkat sesuatu perkara tersebut sebelum menjadi ilmu, iaitu bermula dari data iaitu bahan mentah yang belum diproses. Data adalah bahan yang dikumpul dan belum dijalankan proses kajian atau penyaringan. Setelah sesuatu data diproses, sesuatu bahan tersebut meningkat ke tahap yang lebih tinggi sedikit iaitu maklumat. Peringkat seterusnya selepas maklumat ialah pengetahuan. sesuatu maklumat akan menjadi pengetahuan atau maklumat setelah diproses secara mendalam dan mendatangkan makna kepada diri seseorang. Pengetahuan atau ilmu diperolehi apabila maklumat yang dilihat melalui persekitaran dan sebagainya diberi perhatian dan diproses dalam minda sehingga menimbulkan pengetahuan baru bagi diri seseorang. Manakala peringkat yang paling tinggi ialah hikmah. Hikmah atau "Basirah" merupakan anugerah Allah s.w.t terhadap insan terpilih. Orang yang dianugerahkan dengan hikmah dapat melihat sesuatu ilmu dalam aspek yang berbeza.Ilmu tersebut dinilai dengan mata hati yang suci sehingga mendatangkan kebaikan terhadap dirinya. Orang yang berhikmah berbeza dengan orang yang cerdik kerana kecerdikan boleh diperolehi melalui proses pembelajaran, latihan yang berulang kali dan sebagainya. Berbeza dengan hikmah atau kebijaksanaan hanya diperolehi melalui anugerah Ilahi kepada insan-insan pilihanNya.

Namun begitu, kita sebagai insan yang jahil asalnya dituntut dan difardhukan untuk mencari ilmu dan berusaha ke arah mendapatkan hikmah. Semoga dengan usaha yang dilakukan menjadikan kita insan terpilih untuk mendapatkan hikmah Ilahi dan memupuk ketaqwaan yang tinggi kepadaNya. Usaha yang diperlukan termasuklah meneliti, mengkaji,menyaring sesuatu ilmu hingga ke akar umbinya. Sesuatu ilmu tersebut perlu disaring bagi mendapatkan kesahihan dan ketepatan serta kebenarannya terlebih dahulu sebelum dijadikan amalan dan pegangan dalam kehidupan seharian. Ilmu pengetahuan yang tepat dan benar itu ialah yang bersumberkan ilmu wahyu dan cabang-cabang lain yang merangkumi seluruh aspek kehidupan serta tidakbercanggah dengan batasan yang ditetapkan oleh agama.

Oleh itu, bagi mencapai hikmah tersebut kajian dan penyelidikan terhadap sesuatu ilmu adalah merupakan salah satu metod terbaik untuk memastikan sesuatu ilmu itu dikaji hingga ke akar umbinya dan memastikan kesahihan fakta dan sumbernya. sesuatu fakta dan ilmu itu ditolak jika bertentangan dengan ilmu wayu iaitu al-Quran dan al-Hadith. Apa yang lebih penting, matlamat kajian adalah untuk menambahkan kefahaman terhadap sesuatu topik atau isu.

Berdasarkan perintah Allah dalam surah pertama yang diturunkan melalui Baginda Rasulullah s.a.w. iaitu surah al-'Alaq ayat 1-9. Allah memerintahkan kepada manusia untuk mencari ilmu melalui perintahNya iaitu "Iqra' " yang bermaksud "Bacalah". suruhan membaca membawa erti kepada suruhan menuntut ilmu. Membaca adalah salah satu metod ke arah pencarian ilmu dari ilmu-ilmu Allah yang luas.Suruhan membaca tersebut merangkumi membuat penelitian, kajian dan penyelidikan dan sebagainya. Sesungguhnya hakikat kejadian manusia ini jahil lagi hina. Kita hanya dijadikan dari air mani yang busuk tetapi Allah yang Maha Adil telah meletakkan darjat yang tinggi kepada manusia sebagai KhalifahNya di muka bumi,dengan penganugerahan akal fikiran. Akal yang membezakan manusia dengan binatang dan makhluk-makhluk yang lain dan menjadikan manusia dihormati serta dipandang tinggi. Akal ini membantu manusia mencari ilmu dan hikmah bagi membantunya menjalankan tugas kekhalifahan iaitu memakmurkan bumi dan mentadbir dunia dengan sebaiknya.

PROSES KAJIAN

Kajian merupakan suatu proses yang sistematik untuk mengumpul dan menganalisis data bagi menambah kefahaman terhadap sesuatu topik. Terdapat beberapa proses yang perlu diikuti dalam menjalankan kajian/penyelidikan. proses tersebut ialah seperti berikut:

1) Kenalpasti masalah

2) Kajian Kepustakaan

3) Menentukan Pendekatan Kajian

4) Melaporkan Kajian

5) Membangunkan Dapatan dan Implikasi Kajian

6) Mengumpul dan Menganalisis Data

* Proses ini diulang sehingga hasil kajian yang diperolehi mantap dan mencapai matlamat.


KEPENTINGAN KAJIAN

1) Menambah pengetahuan

2) Menambahkan amalan (praktikal)

3) Mendebatkan sesuatu polisi yang telah ditetapkan

4) Membina kemahiran melakukan penyelidikan

5) Guru yang membuat kajian tindakan di sekolah adalah bertujuan untuk penambahbaikan sistem, metod pengajaran dan pembelajaran, teknik, kaedah dan sebagainya.



JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN

1) SECARA INDIVIDU

- fokus kepada isu dalam bilik darjah

- contoh:

i) mendapatkan penyelesaian berkenaan dengan masalah pengurusan bilik darjah

ii) Strategi pengajaran - pembelajaran pelajar


2)KOLABORATIF

- Lebih dari 2orang
- guru dalam bidang yang sama
- guru-guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti
- fokus kepada satu isu dalam satu bilik darjah atau satu masalah yang sama dalam bilik
darjah yang berlainan.



KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT SEKOLAH

Kajian tindakan di sekoalah fokus kepada satu isu yang sama diperingkat sekolah.
Contohnya :

Kajian untuk meningkatkan keaktifan ibu bapa dalam PIBG sekolah.

Kesimpulannya, kajian tindakan merupakan aktiviti yang sangat penting dalam meningkatkan kefahaman seseorang terhadap sesuatu isu dan membantu dalam menyelesaikan masalah. Bagi seseorang guru, kajian tindakan dapat membantunya menyelesaikan masalah terhadap permasalahan pelajar dalam bilik darjah serta membantu guru menjadi mahir. bagi guru novis, kajian tindakan di sekolah akan membantunya menjadi guru pakar dan dapat bertindak atas kayu ukur yang sebenar dan pasti..