Sunday, May 24, 2009

Ulasan Buku " A Short Guide To Action Research

Konsep Kajian tindakan

Kajian tindakan ialah proses yang meliputi 5 langkah utama iaitu langkah pertama mencari apa yang hendak dikaji dengan mengenal pasti masalah, tetapkan kawasan atau bidang untuk dibuat pemerhatian, perincikan bahan yang ingin dipelajari. Langkah kedua ialah putuskan data yang perlu dikumpul. Ketiga, kumpul dan analisis data. Keempat ialah jelaskan bagaimana data tersebut dikumpul dan digunakan dalam kajian tindakan dan langkah terakhir ialah Laporkan hasil kajian dan perancangan untuk kajian tersebut dengan orang lain.

Buku ini menerangkan konsep kajian tindakan dengan memberikan 10 ciri kajian tindakan iaitu:

1. Kajian tindakan adalah suatu yang sistematik dimana terdapat langkah-langkah yang perlu diikuti.

2. Tidak dimulakan dengan jawapan. Sesuatu kajian yang hendak dilakukan tidak akan bermula dengan jawapan kepada kajian tersebut.Sekiranya jawapan kepada kajian tersebut telah diketahui maka, kajian tidak perlu dilakukan.

3. Kajian yang tidak terlalu merumitkan. Hanya perkara yang penting sahaja yang perlu dimasukkan dalam pemantauan atau laporan. Ini kerana sekiranya kajian yang dilakukan terlalu terperinci, kemungkinan perkara yang penting tidak diutamakan dan orang yang membaca tidak memahaminya.

4. Rancang dengan baik sebelum mengumpul data. Sebelum mengumpul data, perancangan dan jadual mengumpul data mesti ada.

5. Mengambil masa yang panjang. Kajian tindakan memerlukan masa yang panjang untuk mengumpul data kerana sekiranya masa itu terlau pendek atau singkat keputusan yang diperolehi tidak memberikan jawapan yang sepatutnya.

6. Pemantauan. Pemantauan yang dilakukan tidak perlu mengambil masa yang lama. Cukup sekadar ianya dilakukan secara konsisten mengikut jadual yang telah dirancang.

7. Kajian tindakan boleh dilakukan pada projek yang mudah. Ini amat sesuai kepada pengkaji yang baru hendak membuat kajian tindakan.

8. Kadang-kadang kajian tindakan boleh menjadi teori kepada sesuatu kes.

9. Kajian tindakan bukan kajian kuantitatif

10. Hasil kajian kuantitatif dalam kajian tindakan adalah terbatas.

Kepentingan kajian tindakan

· Kajian tindakan boleh merapatkan jurang perbezaan antara kajian pendidikan dengan amalan pengajaran.

· Kuasa guru boleh dipermudahkan dengan kajian tindakan

· Kajian tindakan boleh digunakan untuk menggantikan perkhidmatan yang tradisional kepada meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan professional guru

· Kajian tindakan dapat membantu guru membuat penambahbaikan terhadap proses P&P

· Kajian ini membantu guru menyelesaikan masalah secara sistematik dan tepat, bukan sekadar anggapan semata-mata.

Reka Bentuk atau Proses Kajian Tindakan

1. Kenalpasti masalah dan topik kajian

2. Kaji masalah atau topik kajian tesebut secara teori iaitu dengan membuat kajian kepustakaan

3. Sediakan perancangan untuk pengumpulan data

4. Mulakan proses pengumpulan dan penganalisisan data

5. Jika perlu, benarkan soalan atau masalah kajian berubah sepanjang data dikumpul

6. Analisis dan susun data yang diperolehi

7. Laporkan hasil kajian yang diperolehi

8. Buat kesimpulan berdasarkan hasil kajian dan berikan cadangan yang perlu dilakukan

9. Sediaka perancangan bagi tindakan anda seterusnya.







Metod Penganalisisan Data

Ringkasan..

· Analisis bermaksud membuat pecahan dan pembahagian terhadap sesuatu perkara kepada beberapa kompenen kecil supaya mudah untuk difahami.

· Dalam kajian tindakan data dianalisis dan disusun kepada karegori supaya orang dapat memahami apa yang cuba dipersembahkan.

· Pengumpulan dan penganalisisan data mestilah tepat dan benar.

· Kesahihan – kadar ukuran dalam laporan sukatan.

· Ukuran atau rangkaian segitiga – mengumpul lebih dari satu bentuk data atau mencari sesuatu lebih dari satu perspektif atau pandangan.

· Kajian tindakan dapat mengenali dunia/alam semesta ini sebenarnya kotor dan tidak boleh dipercayai kewujudannya dan demikian lah mereka mencari cara yang berbeza untuk menolong mereka memahami bahan yang dicari.

Metod penganalisisan data

Analisis – membuat pecahan dan pembahagian terhadap sesuatu perkara kepada beberapa komponen kecil supaya mudah untuk difahami.

Penulis membahagikan metod penganalisisan data ini kepada tiga elemen iaitu :

1. Ketepatan dan Kebenaran

· Ketepatan – Data yang dikumpul mestilah dapat menggambarkan gambaran sebenar berkaitan apa yang dikaji.

· Kebenaran – kajian yang dilakukan dapat dipercayai kebenarannya.

· Ada 7 tip yang dapat membantu :

1) Merekod pemerhatian dengan berhati-hati dan secara tepat - Sentiasa melakukan semakan kedua untuk memastikan apa yang direkod sama dengan apa yang diperhati.

2) Penghuraian semua fasa /peringkat data yang dikumpul dan dianalisi-Dalam proses merekod, buat penghuraian dengan panjang lebar berkaitan setiap step yang digunakan untuk pengumpulan dan pengalisisan data.

3) Pastikan apa yang direkod dan laporan yang dibuat semuanya yang penting. Rekod dan lapor secara keseluruhan dan jangan meninggalkan data yang penting dan dipercayai.

4) Jadi seorang yang objektif sebaik mungkin dalam setiap penghuraian dan pentaksiran adalah berkait dengan apa yang diperhatikan.elakkan kajian daripada mempunyai matlamat yang tersembunyi ( hidden agendas)atau untuk kepentingan peribadi.

5) Gunakan sumber data secukupnya.

· Pemerhatian dan penganalisisan akan lebih tepat dan benar jika kita mampu memperoleh persamaan bentuk untuk menggunakan dua atau lebih data.

· Untuk pemerhatian dalam masa yang singkat (2-4 minggu), penulis biasanya akan menggunakan sumber secara minimum.

· Manakala untuk pemerhatian dalam tempoh yang panjang, sumber yang digunakan berdasarkan penyoalan dan jenis data yang dikumpul.

6) Gunakan jenis data yang betul - menggunakan jenis data yang benar-benar tepat bersesuaian dengan topik yang dikaji.

· Penulis memberi contoh, jika beliau berminat untuk memahami bagaimana pelajar sekolah kelas pertengahan menggunakan kejenakaan (humor), beliau akan melakukan temubual dengan pelajar-pelajarnya. Walaupun cara ini akan melengkapi maklumat, data yang diperolehi akan mengurangkan ‘reflection’ sebenar yang penulis cuba perhatikan. Tetapi pemerhatian akan lebih berkesan jika dibuat melalui video rakaman mengenai situasi sebenar.

7) Lakukan Pemerhatian dalam tempoh yang mencukupi dan secara mendalam.

· Pemerhatian yang dilakukan dalam tempoh yang panjang dan mencukupi akan memperoleh data yang lebih tepat dan benar dan lebih banyak cara yang boleh digunakan berbanding dengan tempoh yang singkat.

2. (Kesahihan), kebolehpercayaan dan segitiga rangkaian.

Kesahihan

§ merujuk kepada sejauhmanakah suatu ujian atau alat ukur itu mengukur apa yang hendak dikaji dan tidak lain daripada itu,

§ Sebagai contoh : jika mahu menilai kemampuan penulisan pelajar sekolah rendah pelajar perlu di beri ujian menulis bukannya soalan objektif yang mengandungi empat jawapan danpelajar perlu memilih satu. Soalan ojektif adalah tidak mempunyai kesahan serta tidak autentik dalam menilai kemamapuan penulisan pelajar

Triangulation (Rangkaian Segitiga)

· Melihat sesuatu lebih dari satu perspektif. Bentuk ini memberi gambaran kepada kita untuk melihat dari semua aspek situasi/keadaan.

· Rangkaian segitiga ini ialah melihat perkara yang hendak dikaji sebagai cabang utama manakala dua cabang lagi merupakan sumber kapada perkara yang hendak dikaji tersebut

· Dalam kajian tindakan, rangkaian segitiga itu dapat dicapai dengan mengumpul pelbagai jenis data, menggunakan pelbagai maklumat data, mengumpul data pada masa yang berbeza dan meminta pendapat orang lain untuk melihat kembali data yang telah diperolehi untuk memastikan ketepatan dan menyesuaikan ketepatan anda.

Reliability (Keadaan yang boleh dipercayai)

· Merujuk kepada kestabilan ujian atau alat ukur tersebut dalam mengukur sesuatu konsep

· Kadar dimana ujikaji yang dilakukan boleh dilakukan semula dan keputusan yang sama dapat diperolehi.

· Setiap kajian yang dilakukan pada masa yang berbeza sebenarnya untuk melihat benda yang berbeza.

· Dapatan kajian yang diperolehi, bukanlah dapat membuat kesimpulan keseluruhan secara umum dan gambaran kasar, sebaliknya sebanarnya mereka lakukan untuk memahami secara khusus kesamaan maklumat situasi lain.

3. Inductive Analysis (dorongan analisis)

· Melihat kumpulan data dan cuba untuk membina susunan berdasarkan pemerhatian yang dilakukan. Sebagai permulaan, ia dilakukan dengan pengumpulan data, perhatikan item berulang kali, tema atau cara yang timbul. Perkara yang sama perlu diberi penekanan dan dipindahkan dengan mengikut kategori nama. Dalam proses pengasingan kategori ini, perlulah sesuai danboleh diubah sebagai data yang

· Proses ini dapat membantu apabila kita mulakannya dari pengumpulan data kerana kategori yang dilakukan dapat membantu kita apa yang perlu dilakukan selanjutnya berdasarkan data yang dikumpul.

Rumusan :

Analisis ialah memecahkan sesuatu kepada komponan atau unit yang lebih kecil supaya midah difahami.Pengumpulan dan Penganalisisan sesuatu data perlulah tepat dan munasabah agar dapat digunakan untuk membuat pilihan dan perubahan yang berkesan. Dalam proses menganalisis data, ketepatan,kesahan, kebolehpercayaan dan kepelbagaian sumber perlu diutamakan terutama dalam menyediakan analisis data bagi projek kajian tindakan . Kajian tindakan memerlukan data yang tersusun meliputi seluruh pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji.