- membanding beza
- menganalisis
- menilai
- membuat kesimpulan
- mensintesis
Membanding beza
- mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
- kesahan ini digunakan apabila terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan dan apabila ingin membuat pilihan dan keputusan
- langkah-langkah penggunaan:
- perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, setting, prosedur pengumpulan dan penganalisan data)
- kanal pasti ciri kajian
- tentukan samaada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama atau berbeza.
Menganalisis
- iaitu mengolah maklumat dengan menghurai kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa sesuatu mencari makna yang tersirat.
- untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan prinsip yang terlibat.
- menganalisis ialah suatu kemahiran yang komplek menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir
Menilai
- membuat pertimbangan sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti dan dalil yang sah
- Ia digunakan untuk menilai sesuatu dan menerima atau menolak sesuatu idea
Membuat Kesimpulan
- membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyataan
- digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan mengukuhkan sesuatu penyataan
Mensistesiss
- menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran menyeluruh dalam bentuk penyataan.
No comments:
Post a Comment