Friday, May 15, 2009

Tugasan 2 : 8 Sebab Orang Tidak Suka Perubahan

salam kembali..
musafir kelana telah berbincang-bincang dengan rakan-rakan..kenapa agaknye ye orang tidak suka kepada perubahan..termasuklah diri yang menulis ini. Kadang-kadang perubahan yang berlaku terasa mengganggu kehidupan seharian yang telah dilalui selama in. Sedangkan Islam sangat menggalakkan umatnya sentiasa berubah dari jahat kepada baik dan dari baik kepada lebih baik hari demi hari. Namun begitu setelah bermuhasabah dengan rakan-rakan kami dapat simpulkan beberapa faktor manusia tidak tidak suka perubahan antaranya

  1. perubahan yang dilakukan tidak dapat dapat ditentukan hasilnya. Berlakunya ketidakpastian yang menimbulkan keraguan.
  2. perubahan yang mungkin dilakukan bercanggah dengan adat dan sosio budaya masyarakat setempat. Jika diteliti sirah Rasulullah ketika membawa agama Islam,masyarakat Jahiliyyah tidak dapat menerima ajaran Baginda kerana Islam mengharamkan arak,judi, dan sembahan berhala yang telah menjadi ajaran datuk nenek moyang mereka. Sedangkan agama Islam itu membawa kesejahteraan kepada kehidupan mereka di dunia dan akhirat.
  3. perubahan yang dilakukan mungkin kadang-kala bersifat individu menyebabkan orang dipihak lain tidak dapat menerimanya dan turut menjaga dan bimbang terjejasnya kepentingan mereka juga. Sebagai contoh sejarah pendidikan di Tanah Melayu pada awalnya adalah mengikut kaum masing-masing. Tetapi apabila diubah kepada sistem persekolahan yang bercampur semua kaum. timbul penentangan di pihak kaum Cina dan India kerana bimbang bahasa dan budaya mereka terjejas.
  4. Manusia susah nak sesuaikan diri dengan persekitaran baru kerana telah biasa dengan cara dan tabiat kehidupan asal
  5. Perubahan yang dibuat bercanggah dengan polisi atau dasar sesebuah organisasi. sebagai contoh isu PPSMI adalah bercanggah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
  6. Perubahan menyebabkan situasi pekerja bawahan dalam sesebuah organisasi menjadi tertekan kerana mereka yang terpaksa melaksanakan dan mengikut kehendak orang atas atau pihak pentadbiran
  7. perubahan yang terlalu kerap menyusahkan hidup manusia kerana perubahan yang sedia ada pin belum nampak lagi hasilnya,muncul pula perubahan yang baru
  8. Perubahan yang tidak konsisten dan matlamat yang tidak jelas
Langkah-langkah penyelesaian yang boleh dicadangkan ialah

  1. letakkan matlamat yang jelas dan ingin dicapai bagi sesuatu perubahan yang ingin dijalankan
  2. Pastikan perubahan yang dijalankan tidak secara mendadak dan sesuai dengan sosio budaya masyarakat setempat. Jika perubahan yang dilakukan bertujuan untuk mengubah sikap dan amalan negatif masyarakat, laksanakan perubahan tersebut sedikit demi sedikit dan penuh hikmah, disamping menerapkan kesedaran dalam diri mereka.
  3. Elakkan perubahan yang bersifat individu. Pastiksn perubahan tersebut dalam bentuk menyeluruh dan jauhkan daripada menjaga kepentingan individu atau sesuatu pihak sahaja.Perubahan yang hendak dijalankan mestilah demi kebaikan bersama
  4. Berikan peluang dan masa yang lebih lama untuk seseorang tersebut menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perubahan yang baru
  5. Jangan membuat perubahan yang bercanggah dengan dasar negara atau sesebuah organisasi.Ini menyebabkan kekeliruan yang lebih menyusahkan.
  6. Mudahkan semua pihak yang terlibat dengan perubahan tersebut untuk memahami apa yang mereka patut lakukan. sebagai contoh sediakan skop tugasan yang jelas.
  7. Sediakan tempoh masa yang sesuai untuk melakasanakan sesuatu perubahan
  8. Letakkan matlamat yang jelas dan selaraskan matlamat tersebut di semua peringkat organisasi agar perubahan yang berlaku dapat diikuti dan dijalankan dengan baik.

1 comment:

  1. SELAMAT HARI GURU
    Selamat ber-Kajian Tindakan
    Selamat ber-Seminar

    ReplyDelete