Sunday, May 24, 2009

Ulasan Buku " A Short Guide To Action Research

Konsep Kajian tindakan

Kajian tindakan ialah proses yang meliputi 5 langkah utama iaitu langkah pertama mencari apa yang hendak dikaji dengan mengenal pasti masalah, tetapkan kawasan atau bidang untuk dibuat pemerhatian, perincikan bahan yang ingin dipelajari. Langkah kedua ialah putuskan data yang perlu dikumpul. Ketiga, kumpul dan analisis data. Keempat ialah jelaskan bagaimana data tersebut dikumpul dan digunakan dalam kajian tindakan dan langkah terakhir ialah Laporkan hasil kajian dan perancangan untuk kajian tersebut dengan orang lain.

Buku ini menerangkan konsep kajian tindakan dengan memberikan 10 ciri kajian tindakan iaitu:

1. Kajian tindakan adalah suatu yang sistematik dimana terdapat langkah-langkah yang perlu diikuti.

2. Tidak dimulakan dengan jawapan. Sesuatu kajian yang hendak dilakukan tidak akan bermula dengan jawapan kepada kajian tersebut.Sekiranya jawapan kepada kajian tersebut telah diketahui maka, kajian tidak perlu dilakukan.

3. Kajian yang tidak terlalu merumitkan. Hanya perkara yang penting sahaja yang perlu dimasukkan dalam pemantauan atau laporan. Ini kerana sekiranya kajian yang dilakukan terlalu terperinci, kemungkinan perkara yang penting tidak diutamakan dan orang yang membaca tidak memahaminya.

4. Rancang dengan baik sebelum mengumpul data. Sebelum mengumpul data, perancangan dan jadual mengumpul data mesti ada.

5. Mengambil masa yang panjang. Kajian tindakan memerlukan masa yang panjang untuk mengumpul data kerana sekiranya masa itu terlau pendek atau singkat keputusan yang diperolehi tidak memberikan jawapan yang sepatutnya.

6. Pemantauan. Pemantauan yang dilakukan tidak perlu mengambil masa yang lama. Cukup sekadar ianya dilakukan secara konsisten mengikut jadual yang telah dirancang.

7. Kajian tindakan boleh dilakukan pada projek yang mudah. Ini amat sesuai kepada pengkaji yang baru hendak membuat kajian tindakan.

8. Kadang-kadang kajian tindakan boleh menjadi teori kepada sesuatu kes.

9. Kajian tindakan bukan kajian kuantitatif

10. Hasil kajian kuantitatif dalam kajian tindakan adalah terbatas.

Kepentingan kajian tindakan

· Kajian tindakan boleh merapatkan jurang perbezaan antara kajian pendidikan dengan amalan pengajaran.

· Kuasa guru boleh dipermudahkan dengan kajian tindakan

· Kajian tindakan boleh digunakan untuk menggantikan perkhidmatan yang tradisional kepada meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan professional guru

· Kajian tindakan dapat membantu guru membuat penambahbaikan terhadap proses P&P

· Kajian ini membantu guru menyelesaikan masalah secara sistematik dan tepat, bukan sekadar anggapan semata-mata.

Reka Bentuk atau Proses Kajian Tindakan

1. Kenalpasti masalah dan topik kajian

2. Kaji masalah atau topik kajian tesebut secara teori iaitu dengan membuat kajian kepustakaan

3. Sediakan perancangan untuk pengumpulan data

4. Mulakan proses pengumpulan dan penganalisisan data

5. Jika perlu, benarkan soalan atau masalah kajian berubah sepanjang data dikumpul

6. Analisis dan susun data yang diperolehi

7. Laporkan hasil kajian yang diperolehi

8. Buat kesimpulan berdasarkan hasil kajian dan berikan cadangan yang perlu dilakukan

9. Sediaka perancangan bagi tindakan anda seterusnya.







No comments:

Post a Comment