Wednesday, May 13, 2009

kuliah 3: Teori Perubahan oleh Dr. Izham

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

PERUBAHAN merupakan suatu yang lazim dalam pendidikan dan tidak dapat dielakkan. Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Educational Change : perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan

Menurut Dessler (1995) terdapat 4 jenis perubahan

1) perubahan ke arah peningkatan

2) perubahan strategik organisasi

3) perubahan reaktif

4) perubahan akibat jangkaan


PERUBAHAN DIKAITKAN DENGAN PROSES EVOLUSI DAN REVOLUSI

PROSES EVOLUSI merupakan perubahan yang sedikit dan mengambil masa yang panjang. perubahan dalam proses sebegini memberi kesan yang ketara kepada status quo. Manakala

PROSES REVOLUSI merupakan perubahan yang pantas tetapi akan memberikan kesan yang membinasakan

Selain itu, dalam membuat sesuatu perubahan beberapa pertimbangan perlu diambil. pertimbangan tersebut perlulah meliputi 6 dimensi iaitu:

  1. Tujuan Perubahan: perubahan dirancang untuk mecapai sesuatu matlamat. dalam pendidikan perubahan dibuat bagi membuat penambahbaikan terhadap sesuatu amalan dalam pendidikan guru. Perubahan dalam sesuatu sistem sedia ada, melibatkan 2 jenis pindaaan iaitu perubahan untuk kembali kepada sistem sedia ada yang diinginkan dan perubahan yang dibuat untuk menambah pencapaian atau keadaan sistem itu tanpa mengubahnya.
  2. Unit Perubahan : iaitu merujuk kepada fokus utama perubahan yang dirancang. Ia melibatkan organisasi,kumpulan, jabatan,organisasi, sistem organisasi, dan komuniti
  3. Sifat Perubahan : mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap/tingkah laku atau kedua-duanya sekali.
  4. Magnitud Perubahan : merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplimentasikan. Menurut Chambers (1997) perubahan dalam skala besar akan memberi hasil yang menarik tetapi sukar diimplimentasikan. Manakala perubahan dalam skala kecil adalah lebih mudah diimplimentasikan tetapi tidak menunjukkan impak yang signifikan.
  5. Skop Perubahan : skop terhadap sejauhmana penambah baikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.
  6. Jangkamasa Perubahan: terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang memberi kesan berkekalan merupakan perubahan yang berjaya diimplimentasikan berbanding perubahan yang memberikan kesan sementara. Chambers (1997) menyatakan bahawa perubahan itu berbentuk kitaran dimana setiapkitaran perubahan dijangka berakhir dalam tempoh10-15 tahun. Setiap kitaran bermula dengan tekanan dan diikuti dengan pengubahsuaian terhadap perubahan yang diimpimentasikan.

MODEL-MODEL PERUBAHAN

1. MODEL PENGGABUNGAN ROGER
  • menurut model Roger, proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenal pasti
  • masalah atau keperluan mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal atau jangkaan pembangunan akan datang
  • apabila masalah telah dikenalpasti, penyelidik akanmenyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan.Fasa ini melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak
  • Roger mengakui bahawa inovasi tidak semestinay terhsil daripada penyelidikan. Inovasi mungkin terhasil daripada amalan praktikal di mana pengamal mencari jawapan permasalahan yang timbul.
  • Perkara ini disebut sebagai "knowing in action " iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengamalan
2. MODEL KANTER
  • Kanter menegaskan bahawa struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi di bahagi kepada beberapa tugas utama
  • 4 tugas inovasi:
  1. Penjanaan Idea
  2. Membina Idea
  3. Realisasi Idea
  4. Pemindahan Idea

3. MODEL RAND
  • model berasaskan kajianoleh Rand Corporation (1973-1978)
  • tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan ataumenghalang perubahan pendidikan
  • Berman & Mc Laughlin: 3langkah proses perubahan di sekolah
  1. daya usaha
  2. implimentasi
  3. penggabungan dengan amalan sedia ada

4. MODEL ACOT
  • Model ini berdasarkan Projek Apple Classroom of Tomorrow iaitu kajian pengenalan komputer di dalam bilik darjah
  • pengkaji telah membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran dan pembelajran telah berkembang secara beransur-ansur.
  • 5 langkah dalam proses P&P
  1. kemasukan
  2. memilih
  3. menyesuaikan
  4. penggunaan
  5. mencipta

No comments:

Post a Comment