Thursday, May 7, 2009

Refleksi diri seorang HAMBA ALLAH

Salam sayyidul ayyam..dalam kesempatan masa yang ada sebelum pergi ke kelas, musafir kelana(gelaran penulis) mencuri sedikit ruang menulis refleksi diri..lebih mudah dan lebih sampai dihati jika disebut muhasabah diri..
Bukan mudah nak muhasabah diri, kena jujur mengaku kelemahan diri..tapi sebagai hamba ALLAH, muhasabah penting untuk mengukur kelemahan, kekurangan, kesilapan dan ketelanjuran dalam mengatur langkah di muka bumi ALLAH, lebih-lebih lagi kesilapan dan kecuaian dalam berbuat taat kepada Ilahi Pencipta Alam..
Bagi diri musafir kelana, masih banyak kelemahan diri yang perlu saya perbaiki..Dalam proses mempelajari dan memahami roda kehidupan dan membina kematangan diri, terlalu banyak kesalahan dan kecuaian dilakukan. Tapi kita akur itu lah lumrah dan hakikat makhluk Allah bernama "MANUSIA". Buat silap dan salah dah jadi biasa..kadang-kadang langkah yang diatur rapi dan penuh hati-hati menyusuri ranjau kehidupan pun masih boleh lagi tersepak tunggul kayu dan duri-duri di perjalanan..Oleh itu,jangan terlalu kesal dan terlalu menyalahkan diri dan takdir yang berlaku, pasrah dan redha dengan ketentuan ILAHI yang penuh dengan hikmah disebaliknya. Namun sebagai hamba selain redha dan pasrah, kita dituntut sentiasa merenung jauh ke dalam diri..mungkin ada perkara-perkara yang kita lupa, mungkin ada perancangan yang disusun tidak kena dan mungkin juga diri kita terlalu jauh dariNYA. jadi datanglah ujian dan musibah menimpa,tanda TUHAN rindu pada rintihan kita kepadaNYA.. ujian tanda ALLAH sayang pada kita dan kita sebagai HAMBA perlu sentiasa ingat bahawa kamu sentiasa layak diuji..Allah berfirman dalam al-Quran : " Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'kami beriman', sedangkan mereka tidak diuji?" (Al-Ankabut :2)
Manakala muhasabah diri menjadi jalan untuk kita perbaiki diri supaya kesalahan yang dilakukan tidak berulang lagi.."Orang beriman tidak akan dipatuk ular dilubang yang sama dua kali.." dan jangan pula jadikan alasan kita sebagai manusia untuk membuat salah sewenang-wenangnya..Alah Maha Rahman dan Rahim lagi Maha Pengampun..oleh itu,jadikan muhasabah dan solat taubat sebagai perisai amalan orang mukmin. semoga dosa dan kesilapan kita sentiasa diampuni dengan kasih sayangNYA..
Musafir Kelana melihat jauh ke dalam diri..Ada kelamahan yang perlu HAMBA ALLAH ini perbaiki..oleh itu perancangan yang teliti perlu saya gariskan di sini supaya perubahan diri saya mendapat sokongan,nasihat dan teguran dari sahabat-sahabat semua. saya mempunyai matlamat yang ingin dicapai dan saya mempunyai cita-cita hidup yang besar. Oleh itu, segala perancangan yang diatur adalah menjurus kepada matlamat hidup tersebut:
MATLAMAT HIDUP:
SENTIASA BERUSAHA UNUTUK MENJADI INSAN YANG TERBAIK DALAM SEGALA BIDANG ILMU DAN KEMAHIRAN SERTA BERJIWA BESAR DALAM MEMBINA MASA DEPAN YANG CEMERLANG DEMI AGAMA DAN PERJUANGAN.
OBJEKTIF :
1) Membina keyakinan diri dan berjiwa besar
2) Memupuk semangat rajin membaca untuk menguasai segala jenis ilmu
3) Mempelajari kemahiran softskill {pedagogi guru,komunikasi,ict,pengurusan diri/ESQ}
4) pengurusan Masa dan disiplin diri
KELEMAHAN DIRI :
1) PENGURUSAN MASA- selalu lambat
2) PERHUBUNGAN AWAM DENGAN ORANG SEKELILING-
terutama yang berlainan bangsa dan agama.Kurang komunikasi dan sebarkan dakwah
3) PERSONALITI DAN PERWATAKAN GURU-rasa seperti student lagi
4) KURANG MEMBACA DAN MENGIKUTI ISU SEMASA- sibuk dengan assigment dan
bacaan akademik sahaja.
5) KURANG CERDIK ICT
PENAMBAHBAIKAN:
1) PENGURUSAN MASA YANG TELITI & PRAKTIKAL
2) BAWA KONSEP DA'IE DALAM DIRI
3) MEMBINA MENTALITI SEBAGAI SEORANG GURU
4) MEMBACA SEKURANG-KURANGNYA 2 BUAH BUKU SEBULAN
5) KEMAHIRAN ICT
PELAN TINDAKAN
1) Yakin diri dan berjiwa besar
  • terkehadapan menyuarakan sesuatu pendapat
  • tidak malu bertanya dan belajar
  • berani dalam aktiviti yang mencabar
2) Rajin membaca
  • membaca dua buku sebulan- sekarang saya sedang membaca buku " bercinta sampai ke syurga oleh ust. Hasrizal Jamil dan Muhammad S.A.W Insan Teladan Sepanjang Zaman
  • surve internet untuk isu semasa dan berita
  • bawa buku dalam beg
  • baca buku waktu lapang
3) Pengurusan Masa
  • buat jadual harian dan check list tugasan
  • jaga solat 5 waktu
  • pergi kelas awal 10 minit
  • jangan tangguh kerja
4) Kemahiran softskill ( ICT & PEDAGOGI)
  • Kursus Access 2007
  • belajar ICT dengan kawan-kawan
  • mikro teaching

5) PR (Perhubungan Awam)/ Da'ie

  • rajin bertegur sapa
  • YM & ygroup
  • senyum selalu
  • manfaatkan kumpulan perbincangan

PANTAUAN

membuat senarai semak tugasan dan meminta pertolongan rakan-rakan terutamanya aznida dan kak nadia. selain itu, pantauan kendiri adalah lebih penting dan berkesan. bersikap jujur pada diri sendiri.

PENILAIAN

rakan adalah cermin diri..kak nadia dan nida, khidmat kalian adalah sangat diperlukan. Disamping sahabat baik ku yang sentiasa menjadi teman bermuhasabah. Disamping itu, penilaian dibuat dengan melihat perubahan dalam tempoh mingguan dan bulanan.

YA ALLAH, kami ini banyak kelamahan..kami mohon padaMU moga diberi petunjuk untuk sentiasa menjadi lebih baik dari hari ke hari. Bantulah kami dalam mencapai redhaMU. Amin.. kepada sahabat-sahabat DPLI, jom kita baiki diri dan bantu saya baiki diri sebagai persediaan menjadi guru. Para pensyarah yang dikasihi, semoga terus bersemangat dalam memberi tunjuk ajar..terima kasih..ila liqa'..

No comments:

Post a Comment