Saturday, May 23, 2009

Metod Pengumpulan Data


Matlamat kajian tindakan adalah untuk memahami sebahagian elemen di dalam kelas. Matlamat ini dapat dicapai melalui proses pengumpulan data. Dalam membuat kajian tindakan bukan lah bermakna mennulis apa yang kita rasa betul tetapi perlu melalui kajian dan proses pengumpulan data. Hasil kajian tindakan tersebut adalah kesimpulan daripada fakta atau data yang dikumpul tersebut. Selain itu, kajian tindakan perlu dibuat secara sistematik. Ini bermakna sebelum kajian dimulakan, perancangan untuk pengumpulan data perlu dibuat terlebih dahulu. pengumpulan data di dalam projek kajian tindak dilakukan jangka masa yang berbeza dan melalui pelbagai cara. Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang dikemukan dalam buku tersebut sebagai panduan untuk pembaca memilih kaedah mana yang sesuai

  1. log atau kajian jurnal- kaedah ini menggunakan komputer untuk mengumpul data atau merekod pemerhatian yang dilakukan terhadap keseluruhan kajian. Kedah ini digunakan untuk merekod setiap langkah bagi proses kajian. data ini merupakan sumber yang penting untuk menggabungkan bersama kronologi bagi sesuatu projek kajian. Melalui kaedah ini kepelbagaian maklumat perlu dipilih dan dimasukkan dalam data ini, contohnya seperti pemerhatian, analisa, diagram, nisbah,pendapat pelajar atau perasaan yang dilahirkan oleh pelajar. Kelebihan data ini, ia cepat dan mudah disusun serta dibaca. Kaedah ini disarankan bagi data yang digunakan berterusan
  2. Nota Lapangan - nota lapangan ialah tulisan hasil pemerhatian yang dilihat di dalam bilik darjah. permulaan kajian, biasanya kita tidak tahu apa yang hendak direkod. melalui kaedah ini guru perlu catat apassahaja yang dilihat dan akhirnya mereka akan nampak apayang penting dan menarik untuk diambil. Guru bebas untuk mencatat mengikut kesesuaian mereka. menurut kaeah ini terdapat 3 cara yang dikemukan untuk guru merekod. Kaedah pertama, ketika guru sedang mengajar. Namun begitu, cara ini mungkin menyusahkan kerana guru tidak mungkin dapat menjadi pemerhati dalam masa yang masa dirinya perlu berhubung sepenuhnya dengan perjalanan P&P. Oleh itu, cara kedua boleh dilakukan, iaitu guru perlu menyediakan fail bagi setiap pelajaar. perkembangan pelajar yang berkaitan dengan kajian dicatat oleh guru secara ringkas dan dimasukkan ke dalam fail pelajar tersebut sepanjang tempoh pemerhatian. file ini merupakan teknik pengumpulan data yang terbaik untuk kajian tindakan dan dalam masa yang sama dapat menambah pengetahuan guru tentang proses p&p yang berlangsung. Cara ketiga ialah membuat cacatan dan refleksi. cara ini mungkin lebih baik dalam kaedah catatanlapangan, kerana guru merekod pemerhatian selepas sesi pembelajaran atau selepas sesi persekolahan. Guru lebih tenang dan tidak kelam-kabut serta dapat dapat berfikir dan mengingat lebih banyak dengan baik.
  3. Senarai semak - senarai semak boleh didatangkan dalam banyak bentuk. senarai semak ialah senarai perkara-perkara khusus yang terlibat seperti sikap, tingkah laku, tugasan, kemahiran. Apabila perkara-perkara tersebut dilihat, maka terdapat kaedah digunakan untuk menyemak senarai semak tersebut dan masa ia dilakukan.senarai semak pelajar- digunakan oleh pelajar untuk menilai aktiviti yang mereka sertai pada setiap harisenarai semak guru - digunakan oleh guru untuk menyemak kemahiran-kamahiran yang belum dan telah di ajar
  4. Konferens dan temuduga - konferens ialah seseorang atau lebih pelajar bercakap tentang tugasan mereka dan aspek yang berkaitan dengan fungsi bilik darjah. Konferens boleh dilakukan secara individu ataupun di dalam kumpulan kecil. Manakala temuduga pelajar menjawab soalan dan memberi respon terhadap soalan yang telah dirangka.
  5. Video dan pita pendengaran - pita rakaman disediakan untuk merakam keseluruhan p&p dan melihat persembahan guru serta teknik pedagogi guru.Manakala pita pendengaran membolehkan guru mendengar semula maklumat yang diperolehi
  6. Senarai semak penilaian - kaedah ini digunakan guru untuk menilai tingkah laku secara khusus yang ditunjukkan oleh para pelajar sepanjang pemerhatian bagi mendapat maklumat. letakkan aras tanda bagi setiap tingkah laku tersebut dengan menyediakan rubrik. Menurut penulis senarai semak penialaian ini lebih pragmatik atau lebih berguna untuk pengumpulan data bagi kajian tindakan dan pentaksiran bilik darjah. melalui kaedah ini pelajar dan guru akan menilai setiap bahagian masing-masing.
  7. Hasil kerja pelajar - sampel hsil kerja pelajar juga boleh dijadikan sumber maklumat. guru hanya perlu mengambil sampel kerja pelajar sahaja dalam masa yang berbeza untuk melihat perkembangan mereka.
  8. Tinjauan - melalui tinjauan,banyak maklumat dapat diperolehi dengan kadar yang lebih cepat.dalam borang tinjauan tersebut, dua bentuk respon boleh dikemukakan iaitu respon secara tertutup dan respon secara terbuka
  9. Skala Sikap dan Skala nisbah -skala sikap dan skala nisbah menyediakan responden dengan soalan atau kenyataan di mana mereka perlu memilih satu daripada pilihan jawapan. Sikap pelajar ditafsir melalui soalan yang diajukan kepada mereka samada mereka bersetuju atau tidak bersetuju. Skala nisbah pula digunakan untuk mengukur kekuatan respon terhadap soalan tersebut.
  10. Data Penyimpanan Rekod - data ini termasuklah rekod pencapaian pelajar, skor ujian,fail komulatif, pekerjaan ibu bapa, rekod kehadiran. untuk mengumpulan data ini, guru perlu mangikut prosedur yang ditetapkan dan menggunakan dan merekod dengan penuh etika.
  11. Laman Web, Jurnal atau email - kaedah ini adalah lebih canggih dan berkesan. Melalui laman web pelajar boleh memilih tajuk yang lebih khusus untuk dibaca. Manakala melalui email maklumat dapat disampaikan dengan mudah, cepat dan memberi ruang komunikasi diantara pelajar dan guru sahaja
Rumusan : pengumpulan data boleh dilakukan dalam banyak bentuk dan sumber samada fakta yang dikumpul atau direkod. Kesesuaian dan perancangan yang fleksibal perlu dilakukan terlebih dahulu dalam proses pengumpulan data.Kaedah pengumpulan data bagi kajian tindakan perlu dipelbagaikan dan dikumpul dengan pelbagai cara dan sepanjang masa.Terdapat banyak kaedah pengumpulan data yang dikemukan dalam buku tersebut namun anda perlu memilih dua atau empat kaedah sahaja supaya kajian tindakan anda lebih terfokus






No comments:

Post a Comment